Kami pelajar dari Politeknik Jeli Kelantan (PJK). Di PJK kami mendapat program Diploma AGROTEKNOLOGi. Ramai yang tidak tahu di PJK menawarkan krusus Diploma Agroteknologi dan Diploma Akuakultur. Disini kami banyak belajar tentang pentingnya pertanian di negara kita sekarang. Kita harus maju dengan pertanian sebab ia sangat penting kepada rakyat di Malaysia.
Disini kami ingin mencerita tentang pertanian dan menyenaraikan kepentingan pertanian dalam industri pertanian :
Definisi
-Ahli geografi tidak memandang Geografi Pertanian sebagai satu bahagian besar dalam geografi, tetapi mereka mengkelaskan Geografi Pertanian adalah sebagai sebahagian daripada Geografi Ekonomi.
- Kebanyakan ahli geografi menerima Geografi Pertanian sebagai sebahagian daripada Geografi Manusia.
-Geografi Pertanian adalah lebih sesuai dipanggil dengan geografi pembiak-baik manusia terhadap tanah (man's husbandary of lands), iaitu aktiviti mengusaha tanaman dan ternakan untuk kegunaan sendiri atau untuk faedah ekonomi.
- Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang paling penting. Ia menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah penduduk dunia yang bekerja terlibat dengan aktiviti pertanian. Geografi pertanian merupakan satu bidang yang mengkaji dan menghuraikan perbezaan kawasan-kawasan yang diliputi oleh tanaman di permukaan bumi dan boleh dikatakan sebagai :
- "the science of the agriculturally transformed earth surface, with all its associated natural, economic, and social interrelationships as reflected spatially".
- Pertanian tidak lagi boleh diasingkan dari kehidupan manusia di muka bumi apabila manusia yang semakin ramai dan mempunyai pelbagai citarasa. Diperingkat awal, masyarakat manusia yang bergantung kepada aktiviti memburu dan mengumpul makanan tidak membiak dengan ramai kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan sumber makanan yang mencukupi.
- Berbanding dengan masyarakat moden yang jumlahnya hampir mencapai angka 6 bilion orang, aktiviti pertanian yang cekap dan produktif menjadi aktiviti penting bagi menghasilkan sumber makanan dan gentian yang banyak.
- Aktiviti menternak haiwan merupakan titik permulaan bagi pertanian moden yang diamalkan sekarang. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan tenaga kerja dan penjagaan yang rapi. Tanaman dan ternakan tidak boleh dibiarkan sendirian untuk hidup seperti keadaan semulajadi. Tanaman padi sebagai contohnya memerlukan kerja-kerja penyemaian, pembajakan, pembajaan, pengawalan serangga dan penyakit, pengawalan rumpai dan penuaian.
- Keperluan untuk peralatan, jentera, saliran, pengairan, pagar, dan kewangan untuk membeli input-input juga turut meningkat dengan berkembangnya sistem pertanian yang banyak tertumpu kepada peningkatan hasil dan mutu pengeluaran pertanian.
Brp thn klau ambil diploma agroteknologi
ReplyDelete