Monday, 24 August 2015

PLANT TISSUE CULTURE ( KULTUR TISU TUMBUHAN)


Plant Tissue Culture atau dikenali sebagai kultur tisu tumbuhan yang kami pelajari di Politeknik Jeli, Kelantan adalah sangat menarik kerana kultur tisu tumbuhan penting untuk masa kini di Negara kita. Disini kami akan mencerita tentang kultur tisu tumbuhan dari bab 1 sampai bab 4 yang kami belajar di PJK.

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA KULTUR TISU TUMBUHAN

PENGENALAN KULTUR TISU TUMBUHAN

·         Dari segi sel ialah unit hidup yang bebas, membeza pada satu organisma multisel.
·         Totipotency adalah keupayaan sel tunggal untuk menimbulkan ciri-ciri sel yang berlainan fungsi.
·         Kultur tisu adalah satu kaedah atau proses sebahagian kecil tumbuhan daun, batang atau sel diletakkan dalam medium kultur yang bernutrien untuk tumbesaran dalam keadaan steril iaitu bebas daripada mikroorganisma untuk membentuk tumbuhan lengkap.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN KULTUR TISU

 Ø  Peralatan yang lengkap, sesuai dan sempurna.
 Ø  Makmal yang bersih, bebas dari mikroorganisma.
 Ø  Penjagaan makmal, bilik kultur yang terapi dan teratur, pengawasan cahaya dan suhu.
 Ø  Langkah berjaga-jaga perlu diikuti dengan serius.
 Ø  Pensterilan eksplan yang sesuai.


KEBAIKAN KULTUR TISU TUMBUHAN

§    Pembaikpulihan tanaman
§  Pertanian
§  Kadar pembiakan tinggi dan cepat
§  Klon tumbuhan yang jarang dan sepsis yang pupus
§  Mutu hasil yang tinggi dan seragam


KEBURUKAN KULTUR TISU TUMBUHAN

  ü  Klon tidak menunjukkan variasi dari segi genetik
ü  Kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan dan bahan-bahan
ü  Merupakan kaedah yang saintifik memerlukan kepakaran yang tinggi


ALAT RADAS DAN KELENGKAPAN

1.   Autoklaf
2.      Laminar flow chamber
3.      Incubator
4.      Forsep
5.      Blades
6.      Hot bead steriliser
7.      Alat penimbang
8.      Peti sejuk
9.      Alat pemanas


No comments:

Post a Comment